- JBS Sarawak
- Hits: 19
PBSB SARIKEI HADIR PROGRAM JELAJAH RAMADAN KUALA RAJANG
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 02 Mac 2026 – Program Jelajah Ramadan merupakan program tahunan hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Rejang bagi menyantuni penduduk khusnya di DUN Kuala Rajang, sempena dengan kehadiran bulan Ramadan.
Pada jelajah di daerah Sarikei, program ini telah diadakan di Masjid Al- Mutaqqin dan turut dihadiri oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Rombongan Jelajah Ramadan ini telah diketuai sendiri oleh YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Sarawak merangkap ADUN N.41 Kuala Rajang. Pelbagai aktiviti telah diadakan semasa program ini, antaranya majlis iftar, ceranah agama dan penyampaian sumbangan bantuan.
PBSB Sarikei ingin berpesan terutama kepada golongan belia agar jangan lalau dengan usia muda dan harus mempertingkatkan amal ibadah di bulan yang penuh keberkatan ini, sebagai bekalan di akhirat kelak.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
