- JBS Sarawak
- Hits: 14
PBSB Sibu Sertai Taklimat Focal Point Hub Profil Iyres Secara Atas Talian
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh: MCG,PBSB SIBU
SIBU, 26 Februari 2026 – Taklimat Focal Point Hub Profil IYRES yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia secara atas talian menerusi platform Google Meet.
Taklimat ini diadakan bagi memberi penerangan berkaitan Sistem MyProfil, iaitu pangkalan data komprehensif profil belia Malaysia yang bertujuan memperkukuh pengurusan maklumat serta pembangunan belia di peringkat nasional.
Antara fungsi utama Sistem MyProfil yang dibentangkan ialah penyediaan pangkalan data belia secara menyeluruh, penawaran peluang pekerjaan sambilan kepada belia berumur 18 hingga 40 tahun sebagai IYRES Community Enumerator (ICE) serta pengurusan profil dan pelaksanaan program Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) di bawah seliaan Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh wakil Bahagian Perancangan dan Penyelidikan IYRES iaitu Mohd Rizal bin Mohd Sham dan Dr. Nur Hidayah binti Zaidun.
