- JBS Sarawak
- Hits: 12
40 Kanak-Kanak OKU Tamatkan Latihan Asas Renang KLAS 2025 Fasa 3 Di Kolam Renang Delta Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 12
Disediakan Oleh : TT, PBSB Sibu
SIBU, 8 FEBRUARI 2026 – Seramai 40 orang peserta dalam kategori kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) telah berjaya menamatkan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS): Renang 2025 (Fasa 3) yang berlangsung di Kolam Renang Delta, Sibu.
Program yang merangkumi 10 sesi latihan intensif ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran asas renang dan meningkatkan keyakinan diri di kalangan kanak-kanak istimewa melalui bimbingan teknikal yang selamat dan profesional.
Inisiatif murni ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama strategik daripada Persatuan Renang Amatur Bahagian Sibu (SASA).
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Encik Ung Chung Sung, Presiden Persatuan Renang Amatur Bahagian Sibu. Turut hadir mengiringi beliau ialah Encik Terence Tan, Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Sibu, serta barisan jurulatih bertauliah daripada SASA yang komited memastikan kelancaran setiap sesi latihan.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang program berlangsung!
#KLASRenang2025 #TeamPBSBSibu #JBSNKomited #JBSNBersama #TeamJBSN #TeamKBS #PBSBSibu
