- JBS Sarawak
- Hits: 22
BIMBINGAN AKHIR SKM3 – PEGAWAI BELIA DAN SUKAN SAMARAHAN HADIR KE PBSB KAPIT
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
KAPIT, 9 FEBRUARI 2026 — Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah melaksanakan Sesi Bimbingan Akhir SKM3 bersama Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit sebagai satu inisiatif strategik memperkasa profesionalisme pekerja belia melalui pengiktirafan kemahiran rasmi. Program ini menjadi platform penting dalam meningkatkan tahap kompetensi, nilai tambah individu serta kesiapsiagaan menghadapi cabaran bidang kerja belia yang semakin dinamik dan kompetitif.
Bimbingan ini bertujuan menambah bilangan pegawai yang memiliki sijil kemahiran diiktiraf kerajaan, sekali gus mengukuhkan kredibiliti profesion pekerja belia di mata masyarakat. Selain itu, program ini turut melahirkan tenaga kerja belia iaaitu di kalangan pegawai-pegawai di PBS Kapit yang lebih kompeten, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selaras dengan agenda pembangunan belia negara.
Pendekatan perkongsian kepakaran melalui peranan Subject Matter Expert (SME) memperkayakan amalan terbaik serta menjadi rujukan dalam peningkatan kerjaya. Lebih signifikan, SKM3 membuka laluan kerjaya sebagai Pekerja Belia Bertauliah sehingga tahap lanjutan, menjadikan profesion ini lebih jelas, diyakini dan berprestij.
Inisiatif ini membuktikan bahawa kerja belia adalah bidang profesional yang berwibawa — melahirkan pemimpin masa depan melalui kemahiran hari ini.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbsdsamarahan
