MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 5 FEBRUARI 2026 – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah berjaya dilaksanakan bagi menyelaras gerak kerja penganjuran program yang dijadualkan pada Jumaat, 13 Mac 2026 di Masjid Al-Malik Unigarden, Kota Samarahan.

Mesyuarat yang berlangsung dalam suasana penuh mahabbah ini telah dipengerusikan oleh En. Hasanal bin Abdul Wahid, Ketua Unit Transformasi Sosial mewakili Pejabat Residen Bahagian Samarahan bersama Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, wakil agensi kerajaan, Jawatankuasa Masjid serta NGO yang terlibat. Kehadiran dan komitmen semua pihak mencerminkan kesungguhan dalam memastikan program ini dilaksanakan secara tersusun, berimpak dan menyeluruh.

Program ini dirangka sebagai platform strategik untuk menarik minat belia mengimarahkan bulan Ramadan al-Mubarak melalui pengisian aktiviti dan program kerohanian. Ia turut menekankan pengisian rohani dalam jiwa belia, pembudayaan amalan sunah sepanjang Ramadan serta pengukuhan jalinan persaudaraan dan ukhuwwah dalam kalangan peserta daripada pelbagai latar belakang.

Antara pengisian utama yang bakal dilaksanakan termasuk Khatam Al-Quran, penyediaan dan pengagihan Bubur Lambuk, Qiamullail serta Solat Jumaat secara berjemaah. Program ini menyasarkan penyertaan seramai 400 orang belia dan mualaf, menjadikan masjid sebagai pusat penyatuan ummah dan medan tarbiyah yang menyentuh jiwa.

Pengerusi Jawatankuasa program yakin bahawa pendekatan berteraskan institusi masjid mampu memperkasa pembangunan sahsiah serta membentuk jati diri belia yang lebih holistik.

Secara keseluruhannya, kesepakatan yang dicapai dalam mesyuarat ini membuktikan bahawa Ramadan bukan sekadar rutin tahunan, tetapi peluang terbaik untuk membina generasi belia yang lebih berilmu, berakhlak dan berjiwa ummah.

#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama

#pbsdsamarahan

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search