Suntikan Semangat Untuk Terus Berkhidmat

Suntikan Semangat Untuk Terus Berkhidmat

Suntikan Semangat Untuk Terus Berkhidmat
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 27 Februari 2026 –  Perjumpaan dengan Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 13 Februari 2026 bertempat di auditorium KOMBES telah memberikan suntikan semangat kepada pegawai dan kakitangan PBSB Kuching untuk terus menaburkan khidmat bakti kepada belia-belia di Bahagian Kuching terutamanya di peringkat akar umbi. Perjumpaan ini diadakan secara hybrid yang melibatkan kehadiran semua pegawai dan kakitangan PBS Bahagian seluruh Sarawak.

Yang berhormat turut mendedahkan bahawa pelbagai pendekatan dan program yang baharu akan diperkenalkan bagi memperkasakan pembangunan belia setempat. Beliau menuntut agar semua dapat menunjukkan semangat berpasukan yang jitu bagi memastikan perkhidmatan berjalan lancar. Kerjasama yang erat dan sikap saling membantu akan mewujudkan suasana kerja yang harmoni.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanDemokrasi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search