- JBS Sarawak
- Hits: 21
Persediaan Rapi Kontinjen Para Sarawak Hadapi SUKMA XXII Selangor 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 26 Februari 2026 – Mesyuarat Persediaan Pasukan Para SUKMA XXII Selangor 2026 bagi Kontinjen Sarawak telah diadakan di Waterfront Hotel Kuching, Sarawak bagi menyelaras perancangan awal melibatkan atlet para negeri.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Semawi Bin Haji Mohamad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk jumlah atlet Sarawak yang akan terlibat, tahap persediaan semasa, program latihan, serta laporan prestasi atlet mengikut jenis sukan.
Penekanan turut diberikan kepada keperluan sokongan logistik, kemudahan latihan dan pemantauan prestasi secara berkala bagi memastikan atlet berada pada tahap terbaik menjelang temasya.
Turut hadir ialah Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Puan Fatimah Bt Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, serta Encik Awangku Adi Azwan Bin Awangku Bolhassan dari Cawangan Pembangunan Sukan OKU.
Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh pembangunan sukan para serta memastikan kontinjen Sarawak mampu mencatat prestasi cemerlang di peringkat kebangsaan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
