BELIA SAMARAHAN IMARAH MASJID SEMPENA PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN: TADARUS AL-QURAN

BELIA SAMARAHAN IMARAH MASJID SEMPENA PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN: TADARUS AL-QURAN

Disediakan Oleh: NL

SAMARAHAN, 25 Februari 2026 – Semangat ukhuwah dan kecintaan terhadap Al-Quran dizahirkan oleh golongan belia di sini menerusi Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan: Tadarus Al-Quran yang berlangsung di  Masjid Darul Ulum, Taman Desa Ilmu hari ini.

Program yang diadakan bersempena 7 Ramadan 1447H ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dengan kerjasama erat pihak pengurusan Masjid Darul Ulum., Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan, pengisian utama program adalah sesi tadarus Al-Quran secara berkumpulan yang melibatkan belia daripada pelbagai latar belakang di sekitar Kota Samarahan. Aktiviti ini bertujuan memperkukuh sahsiah dan rohani peserta. Program tadarus ini bukan sekadar mengejar pahala ibadah, malah menjadi platform interaksi sihat di kalangan anak muda sepanjang bulan mulia ini. Kehadiran peserta yang memberangsangkan membuktikan golongan belia di Samarahan sentiasa bersedia mengimarahkan rumah ibadat dengan aktiviti bermanfaat.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-05-2026, 22:08:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search