Perbincangan Program Rakan Muda Ramadhan X Rakan Masjid Peringkat Bahagian Mukah Tahun 2026

Perbincangan Program Rakan Muda Ramadhan X Rakan Masjid Peringkat Bahagian Mukah Tahun 2026

Disediakan oleh: Hatijah binti Halidi, JBSN Sarawak

MUKAH, 24 FEBRUARI 2026 –  Satu sesi perbincangan Program Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid Peringkat Bahagian Mukah antara Puan Noorlina Mirais, Pegawai Penyelaras Program bersama Tuan Muhammad Taufiq Ismail, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar telah diadakan di MRSM pada 13 Februari 2026. Perbincangan tertumpu kepada perancangan aktiviti utama, anggaran peruntukan, penetapan tarikh pelaksanaan program serta penyelarasan  aktiviti sepanjang bulan Ramadan.

Menurut Puan Noorlina, program ini merupakan platform terbaik untuk menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti keagamaan dan kesukarelawanan di samping memupuk semangat perpaduan dalam komuniti.. Beliau turut menegaskan kepentingan kerjasama semua pihak bagi memastikan kelancaran program. Pihak penganjur berharap program ini dapat mencapai objektif dalam melahirkan belia yang aktif, berakhlak dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara. Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut ialah Puan Hatijah Halidi.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search