Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti Sukan dan Belia Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Mukah Bil.1 Tahun 2026

Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti Sukan dan Belia Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Mukah Bil.1 Tahun 2026

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 24 FEBRUARI 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti Sukan dan Belia Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Mukah Bil.1 Tahun 2026 telah diadakan pada 23 Februari 2026  bertempat di Bilik Mesyuarat Dewan Suarah Mukah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Kerry Edison Edgar, Penolong Setiausaha Kanan, Ketua Seksyen Pengurusan Sukan, Kementerian Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak ( MYSED HQ)

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah diwakili Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Antara agenda mesyuarat ialah Perutusan Pengerusi, Taklimat Ringkas Program oleh Urusetia Aktiviti Sukan dan Belia, Lantikan Jawatankuasa Kerja Program serta Perbincangan Program bersama Rakan Strategik yang hadir. 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search