- JBS Sarawak
- Hits: 10
Mesyuarat Penyelarasan Program Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara Sarawak Perkukuh Agenda Sukan Komuniti
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 23 Februari 2026 - Mesyuarat Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah diadakan bagi membincangkan perancangan program serta isu semasa berkaitan pembangunan sukan di negeri ini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Fatimah Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Sarawak.
Tujuan utama mesyuarat adalah untuk menyelaras pelaksanaan program sukan sepanjang tahun, memperkukuh kerjasama strategik bersama rakan agensi serta memastikan impak penyertaan masyarakat terus meningkat.
Perbincangan turut menyentuh cabaran operasi, keperluan logistik, penglibatan peserta dan strategi memperluas penyertaan orang ramai termasuk, komuniti luar bandar, OKU serta golongan warga emas.
Antara program utama yang dibincangkan termasuk penganjuran Hari Sukan Negara, Liga Sukan Komuniti, Malaysia Aktif, Cabaran Sukan Rekreasi dan Liga Sukan Warga Emas.
Program-program ini dilihat sebagai platform penting dalam memupuk gaya hidup sihat, memperkukuh perpaduan masyarakat serta meningkatkan akses kepada aktiviti sukan untuk semua lapisan rakyat.
Mesyuarat turut merumuskan beberapa tindakan susulan termasuk penambahbaikan promosi digital, pengukuhan kerjasama pihak berkuasa tempatan serta pemantauan berkala bagi memastikan setiap program dilaksanakan secara efektif, inklusif dan berimpak tinggi kepada komuniti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
