- JBS Sarawak
- Hits: 38
Majlis Serah Terima Tugas : Amanah Diteruskan, Kecemerlangan Diperkasa
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Disediakan oleh: Everlyn M. JBSN Sarawak
BINTULU, 12 FEBRUARI 2026: Majlis serah terima tugas telah diadakan pada 12 Februari 2026 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu bagi menandakan penyerahan tanggungjawab Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu daripada Encik Kigen Anak Satong kepada Encik Jeremy Anak Luguh.
Majlis ini bertujuan memastikan proses peralihan tugas dilaksanakan secara teratur serta menjamin kesinambungan pengurusan dan perkhidmatan.Majlis diteruskan dengan penyerahan dokumen rasmi kepada Pegawai Belia dan Sukan yang baru iaitu Encik Jeremy Anak Lugoh yang bersedia untuk meneruskan usaha bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi.
Semoga terus maju jaya di tempat baru untuk Encik Kigen Anak Satong dan semoga PBSB Bintulu terus cemerlang dengan adanya bimbingan dan tunjuk ajar dari Encik Jeremy Anak Lugoh.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
