- JBS Sarawak
- Hits: 52
Mesyuarat Penyelarasan Program Gotong-Royong Perdana Daerah Sebauh 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 52
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 06 FEBRUARI 2026: Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Gotong-Royong Perdana Daerah Sebauh 2026 yang dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Thadeus Ling Anak Bartholomew Allu selaku Pegawai Daerah Sebauh telah diadakan pada 02 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sebauh. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah diwakili oleh Encik Kigen Anak Satong Pegawai Belia dan Sukan turut dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan, pelaksanaan serta penglibatan agensi dan juga komuniti setempat dalam menjayakan program tersebut. Gotong-Royong Perdana Daerah Sebauh 2026 ini diadakan selepas Daerah Sebauh telah mengalami bencana banjir yang teruk pada bulan Januari yang lepas.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras peranan semua pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil komuniti agar pelaksanaan program dapat berjalan dengan lancar.
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berkaitan dengan lokasi program, pembahagian tugasan, aspek kebersihan dan juga keselamatan, keperluan logistik serta strategi penglibatan masyarakat setempat. Program gotong–royong perdana ini dijangka melibatkan pelbagai aktiviti pembersihan kawasan awam, kemudahan komuniti serta kawasan tumpuan orang ramai sekitar Daerah Sebauh.
Program Gotong-Royong Perdana Daerah Sebauh 2026 akan diadakan pada 07 Februari 2026 dan akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Merangkap ADUN N.69 Kemena.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
