- JBS Sarawak
- Hits: 43
AKTIVITI KUNJUNG BANTU PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SARIKEI KE DAERAH MERADONG
- JBS Sarawak
- Hits: 43
Disediakan Oleh : A. Rani Jemi, JBSN Sarawak
BINTANGOR - 5 Februari 2026 : Siri aktiviti kunjung bantu merupakan proses lawatan kerja ke suatu lokasi yang bertujuan memberikan sokongan teknikal, bimbingan, khidmat nasihat, dan penyelesaian masalah secara langsung kepada pertubuhan belia atau sukan. Pada hari ini bertempat di Bandar Bintangor, YBrs. Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei bersama Encik Abdul Rani bin Jemi, Pembantu Kanan, Cawangan Pembangunan Sukan telah memenuhi jemputan daripada Ahli Jawatankuasa Bintangor Football Club (BFC) dengan membuat aktiviti ‘kunjung bantu’. Perbincangan telah diadakan secara santai di sebuah restoran bermula pukul 7.30 malam. Bintangor Football Club merupakan kelab tunggal yang baharu diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan pada Disember 2025 dan telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama.
Dalam sesi ini, beberapa isu teknikal pertubuhan dan bimbingan serta khidmat nasihat berkaitan perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang bakal melibatkan kerjasama strategik antara PBSB Sarikei dengan BFC. PBSB Sarikei mengucapkan terima kasih atas jemputan dan komitmen Ahli Jawatankuasa BFC yang diketuai oleh Sdr. Dominic Amor serta penasihat BFC.
PBSB Sarikei sentiasa komited untuk membimbing dan memberikan khidmat nasihat kepada pertubuhan belia dan sukan khususnya di Bahagian Sarikei sebagai badan bukan Kerajaan (NGOs) yang membantu PBSB Sarikei menjayakan kerja-kerja belia dan sukan untuk membentuk masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi, dan maju dalam bidang sosial-ekonomi serta meningkatkan tahap kesihatan, kecergasan, dan kecemerlangan sukan dan memupuk perpaduan negara melalui aktiviti berbudaya sukan.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Bintangor Football Club.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
