Melahirkan Pemimpin Belia Menerusi Penubuhan Kelab Rakan Muda Parlimen

Melahirkan Pemimpin Belia Menerusi Penubuhan Kelab Rakan Muda Parlimen

Melahirkan Pemimpin Belia Menerusi Penubuhan Kelab Rakan Muda Parlimen
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 6 Februari 2026 – Semua Pegawai Belia dan Sukan Bahagian dan Pegawai Unit Rakan Muda JBSN Negeri Sarawak telah menghadiri satu sesi taklimat dan perbincangan pelaksanaan penubuhan Kelab Rakan Muda di setiap parlimen Negeri Sarawak secara atas talian @ meet.google.  PBSB Kuching telah diwakili oleh Puan Margaret Sawing dan Puan Joyce Anyie. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Hafizah Dahlan, Penolong Pengarah Rakan Muda JBSN Sarawak.

Pada tahun ini, semua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian dikehendaki untuk menubuhkan Kelab Rakan Muda di setiap parlimen sebagai salah satu platform pembangunan belia untuk melahirkan pemimpin muda dan agen perubahan dalam komuniti.  Berpersatuan juga dapat mengembangkan potensi diri belia dari aspek kepimpinan, sahsiah dan jati diri di samping menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti sihat dan berfaedah.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanDemokrasi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search