- JBS Sarawak
- Hits: 74
Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Program Sarawakku Sayang Bahagian Mukah 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 74
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 5 FEBRUARI 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja program Sarawakku Sayang Bahagian Mukah 2026 telah diadakan pada 5 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia, Datu Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah. Turut hadir sama ke mesyuarat tersebut Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah diwakili Encik Mohammad Arbi Rosli bersama Puan Noorlina Mirais. Antara agenda mesyuarat ialah Perutusan Pengerusi, Taklimat Program oleh Urusetia Negeri dari Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak, Taklimat Persiapan Tapak dan Kelengkapan oleh Jabatan Kerja Raya Mukah serta Lantikan Jawatankuasa Kerja Program. Program Sarawakku Sayang 2026 akan dilaksanakan di setiap bahagian di Sarawak.
