SAMARAHAN PERKASA AGENDA RAKAN MUDA 2026

SAMARAHAN PERKASA AGENDA RAKAN MUDA 2026

Disediakan Oleh: NL

SAMARAHAN, 04 Feb 2026– Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan hari ini menggerakkan langkah proaktif dalam memperkukuh struktur belia melalui sesi Perbincangan Program Rakan Muda Peringkat Bahagian Samarahan.

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, bagi merangka pelaksanaan aktiviti rakan muda yang lebih dinamik dan inklusif untuk tahun 2026.

Fokus utama sesi tersebut adalah untuk memastikan setiap kawasan Parlimen di bawah bahagian ini mempunyai pengurusan KRM yang tersusun dan aktif.

"Penubuhan Kelab Rakan Muda Parlimen ini akan menjadi jambatan antara kementerian dan anak muda di akar umbi. Kita mahu struktur kepimpinan kelab ini diterajui oleh belia sendiri bagi merancang aktiviti yang relevan dengan keperluan lokaliti mereka," katanya.

Dengan adanya kelab ini di setiap parlimen, Bahagian Samarahan dijangka mampu melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis yang kompeten. 

#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search