- JBS Sarawak
- Hits: 4
KARNIVAL SUKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 4
Disediakan Oleh : Howard B.R, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 30 JANUARI 2026- Karnival Sukan JBSN Sarawak 2026 telah diadakan pada 16 hingga 17 Januari 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Karnival ini berjaya menghimpunkan warga JBSN Sarawak dari setiap bahagian bagi mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dan kerja berpasukan.
Sebanyak lima jenis sukan telah dipertandingkan sepanjang karnival ini iaitu bola jaring, ping pong, bowling, sling shot dan badminton. Persaingan yang sengit namun sihat dapat disaksikan sepanjang kejohanan berlangsung. Keputusan keseluruhan menyaksikan pasukan kuning muncul sebagai johan keseluruhan karnival. Tempat naib johan pula dimenangi oleh pasukan merah, diikuti pasukan biru di tempat ketiga, manakala pasukan hitam menduduki tempat keempat.
Karnival ini bertujuan bukan sahaja untuk menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi juga untuk membina kemahiran kepimpinan, semangat berpasukan dan nilai-nilai positif dalam kalangan kakitangan JBS Negeri Sarawak. Pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman turut serta menyertai karnival sukan ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
