- JBS Sarawak
- Hits: 2
Kitarunning Clinic : Practical Principles In Distance Running
- JBS Sarawak
- Hits: 2
Disediakan Oleh : MCG, PBSB SIBU
SIBU, 10 Januari 2026 - Kelab Larian Kitarun telah berjaya menganjurkan program KITARunning Clinic: Practical Principles in Distance Running pada 10 Januari 2026 bertempat di Stadium Tertutup Sibu. Program ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam prinsip-prinsip asas larian jarak jauh secara praktikal dan berkesan.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah dijemput bagi merasmikan Majlis Penutupan program tersebut sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran aktiviti sukan dan pembangunan belia di peringkat komuniti. Kehadiran wakil pejabat ini turut mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong inisiatif kelab dan pertubuhan sukan tempatan.
Dalam majlis tersebut, pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi Kelab Larian Kitarunning serta seluruh jawatankuasa penganjur atas kejayaan menganjurkan program yang berimpak positif ini. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai atlet dan peminat larian yang berilmu, berdisiplin serta berdaya saing.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBSibu
