MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB PING PONG JABES 2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB PING PONG JABES 2026

Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak

Pontianak Kalimantan Barat, 30 Jan 2026 - Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan Bersama-sama Ahli Kelab Ping Pong JABES bakal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2026 yang akan berlangsung pada 30 Januari 2026 bertempat di Transera Hotel, Pontianak, Kalimantan Barat. Program  ini dianjurkan khusus untuk ahli-ahli Kelab Ping Pong JABES serta dihadiri oleh Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak sebagai platform penting dalam memperkukuh tadbir urus, perpaduan serta hala tuju kelab bagi sesi baharu.

Mesyuarat ini bertujuan membentangkan Laporan Aktiviti dan kewangan kelab bagi tahun 2025, di samping melaksanakan pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu bagi sesi 2026/2027. AJK terbaharu 2026/2027 Encik Eshady Ahmad (Presiden- kekal), Encik Zamri Random (Timbalan presiden-baru), Encik Hamzah Puini (Setiausaha-kekal), Encik Szuhady Urai (Bendahari-kekal), Ahli Jawatankuasa Encik Elie Shahrin Juan, Encik Mohamad Azizan bin Abusalim, Encik Mohammad Baseri bin Brad, Encik Dennis anak Dempi dan Puan Iday binti Hasli. Selain agenda rasmi mesyuarat, program ini turut diserikan dengan perlawanan persahabatan bersama kelab komuniti Pontianak, sebagai medium mengeratkan hubungan sukan rentas sempadan.

Turut dirancang ialah lawatan sambil belajar yang memberi peluang kepada ahli bertukar pandangan, pengalaman serta membuka ruang kerjasama muhibah antara kelab. Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan ukhuwah dalam kalangan ahli, menyemai semangat kekeluargaan serta mempelbagaikan aktiviti kelab agar lebih aktif, dinamik dan berdaya saing.

Ayuh ahli JABES, hadir dan jayakan AGM 2026. Suara anda, masa depan kelab kita! 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search