- JBS Sarawak
- Hits: 11
Laksana Pelupusan Rekod Awam, Ruang Kerja PBSB Miri Teratur Dan Kondusif
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 29 JANUARI 2026 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri melaksanakan pelupusan rekod awam mengikut prosedur pelupusan rekod urusan am yang ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara. Pelupusan rekod awam adalah proses memusnahkan rekod urusan am yang telah tamat tempoh simpanan dan tidak lagi diperlukan. Antara tindakan yang diambil ialah membuat pengasingan bagi rekod-rekod tidak aktif dan tamat tindakan mengikut susunan kategori, siri, tahun dan nombor seturut serta telah mematuhi tempoh simpanan yang ditetapkan dalam Jadual Pelupusan Rekod. Proses ini penting untuk memastikan ruang pejabat di PBSB Miri diurus dengan cekap, teratur dan maklumat sensitif tidak disalahgunakan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
