- JBS Sarawak
- Hits: 11
Usai Sesi Penilaian Calon Skm Tahap 3 Perlaksanaan Kerja Belia Bersama Pegawai Penilai (PP)
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 29 JANUARI 2026 – Semakan Portfolio Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Perlaksanaan Kerja Belia bagi empat orang calon SKM Tahap 3 dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah selesai dilaksanakan bersama dengan Pegawai Penilai bertauliah iaitu Encik Shahriman bin Basir bertempat di IKBN Miri.
Sesi semakan secara individu dan berkumpulan telah diadakan bersama beliau sebanyak 3 kali pada bulan Disember 2025 hingga Januari 2026 dengan melibatkan seramai empat orang pegawai dari PBSB Miri. Selepas penilaian oleh Pegawai Penilai (PP) selesai, calon akan melalui sesi akhir bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) seterusnya menanti keputusan akhir sebelum sijil dianugerahkan.
Tujuan penyemakan adalah untuk memastikan dokumen yang disediakan oleh calon kompeten dan menepati Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah ditetapkan pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program ini selaras dengan usaha memperkasa profesionalisme pengamal kerja belia di Malaysia. Selamat maju jaya kepada semua calon yang terlibat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
