- JBS Sarawak
- Hits: 17
PERBINCANGAN STRATEGIK RAKAN MUDA RAMADHAN 2026 BERLANGSUNG DI MASJID AL MALIK
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan Oleh : NL
SAMARAHAN, 28 Januari 2026 (Rabu) – Satu perjumpaan awal bagi penyelarasan Program Rakan Muda Ramadhan : Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 telah diadakan dengan jayanya di Masjid Al Malik, Taman Unigarden
Perbincangan tersebut bertujuan untuk memperincikan persiapan logistik dan pengisian program kerohanian yang bakal menghimpunkan para belia dari seluruh pelosok negeri Sarawak menjelang bulan Ramadhan akan datang.
Barisan Kepimpinan dan Penyelarasan Agensi sesi perbincangan tersebut telah diketuai oleh Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar , Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, mewakili pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan Encik Abdullah Darauf selaku Pengerusi Masjid Al Malik Beliau menekankan kepentingan kolaborasi erat antara institusi masjid dan agensi kerajaan untuk memastikan kelancaran majlis berskala besar ini.
Turut hadir dalam sesi tersebut dan Encik Muhammad Badrul Amin Bin Abu Kassim selaku Setiausaha Masjid Al-Malik yang bertindak sebagai penyelaras tadbir urus dan dokumentasi bagi pihak masjid.
Pemilihan Masjid Al Malik, Taman Unigarden sebagai lokasi perbincangan dan penganjuran utama adalah selaras dengan visi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak untuk menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti belia yang progresif. Program ini bakal memfokuskan kepada gaya hidup Rakan Muda melalui aktiviti tadarus, halaqah ilmu, Qiamulail, gotong – royong memasak bubur lambuk, dan kemuncak Majlis Khatam Al-Quran.
Menurut Encik Abu Zaid, sinergi ini penting bagi memupuk sahsiah murni dalam kalangan generasi muda Sarawak. Sementara itu, Encik Muhammad Badrul Amin Bin Abu Kassim menyatakan komitmen pihak jawatankuasa untuk menyediakan fasiliti terbaik bagi menyambut kehadiran peserta dan tetamu kehormat pada hari penganjuran nanti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
