- JBS Sarawak
- Hits: 9
Perbincangan Awal Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Miri 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 29 JANUARI 2026 – Sesi perbincangan awal telah diadakan bagi pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Miri bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri bersama Cik Amy Noryanti binti Eni dari Unit Pembangunan Rakan Muda telah mengadakan kunjungan ke Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Miri.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Encik Ibrahim Hermanto bin Jepon, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), Unit Pendidikan Islam serta Puan Efniza binti Narudin, Penolong Pegawai Pendidikan di Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran.
Objektif program ini adalah sebagai platform untuk menarik minat golongan belia dalam menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak melalui pengisian aktiviti dan program kerohanian. Aktiviti utama program ini ialah tadarus al-Quran yang disusuli dengan beberapa program sampingan.
Program ini dijangka dapat memupuk penghayatan nilai-nilai murni, mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan belia, serta membentuk generasi muda yang lebih berdedikasi dan berakhlak mulia sepanjang bulan Ramadan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
