- JBS Sarawak
- Hits: 30
Ceramah ARPRM Sempena Minggu Paradigma Pengambilan 46 Sesi 1 Tahun 2026 Ikbn, Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 29 JANUARI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah dijemput oleh Institut Kemahiran Belia Negara, Miri sebagai penceramah sempena Minggu Paradigma Pengambilan 46 Sesi 1 Tahun 2026. Cik Amy Noryanti binti Eni, Unit Pembangunan Rakan Muda telah mewakili pejabat untuk memberi ceramah mengenai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang bertempat di Dewan Serbaguna, IKBN Miri.
Sepanjang ceramah berlansung, pelajar telah diberi pengenalan mengenai program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah ini dilaksanakan di mana-mana ada kelompok remaja yang berumur 14 hingga 24 tahun yang bertujuan untuk membangunkan potensi kendiri setiap peserta dan mendedahkan diri mereka untuk dekat dengan masyarakat.
Terdapat beberapa komponen utama yang perlu dilaksanakan peserta program ini iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal, dan Penjelajahan Lasak. Diharapkan pelajar yang hadir pada sesi ceramah tersebut mendapat manfaat dan lebih bersemangat untuk melaksanakan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
