- JBS Sarawak
- Hits: 7
PERKONGSIAN ILMU PENGURUSAN ORGANISASI BERSAMA PELAJAR INTERN IKMAS DAN POLITEKNIK
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SARIKIE, 28 Januari 2026 – Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei telah menganjurkan Program Perkongsian Ilmu Pengurusan Organisasi bersama pelajar intern dari Institut Kemahiran MARA Sarawak (IKMAS) dan Politeknik Kuching bertempat di Pusat Kegiatan Guru Daerah Sarikei hari ini.
Program ini melibatkan penyertaan seramai empat orang pelajar intern, terdiri daripada tiga orang pelajar dari IKMAS dan seorang pelajar dari Politeknik Kuching. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar berkenaan asas pengurusan organisasi, khususnya dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pengurusan aktiviti secara sistematik dan berkesan.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan struktur organisasi, peranan ahli jawatankuasa, serta kepentingan kerjasama dan komunikasi dalam sesebuah organisasi. Selain itu, perkongsian turut merangkumi pengalaman sebenar dalam mengurus program di peringkat jabatan, sekali gus memberi gambaran realistik kepada pelajar tentang cabaran dan tanggungjawab dalam dunia pekerjaan kelak.
Program ini juga memberi ruang kepada sesi perbincangan dua hala, di mana para pelajar berpeluang mengemukakan soalan serta berkongsi pandangan dan idea berkaitan pengurusan organisasi. Pendekatan interaktif ini dilihat dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan pelajar dalam mengaplikasikan ilmu yang diperoleh.
Secara keseluruhannya, penganjuran program ini diharap dapat memberi manfaat kepada para pelajar intern sebagai persediaan awal sebelum melangkah ke alam kerjaya, di samping mengukuhkan jalinan kerjasama antara institusi pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
