UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN TINGKAT KESEDARAN KESIHATAN WARGA KKDW SARAWAK TAHUN 2026

UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN TINGKAT KESEDARAN KESIHATAN WARGA KKDW SARAWAK TAHUN 2026

Disediakan Oleh : NL, JBSN Sarawak

SAMARAHAN, 20 Januari 2026 – Seramai 33 orang warga Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri Sarawak telah menyertai Program Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan yang dilaksanakan di Kampus Institut Kemajuan Desa (INFRA) Kota Samarahan, semalam.

Program ini bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal warga pejabat di samping memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam. Pelaksanaan ujian ini turut menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental kakitangan sektor awam.

Ujian kecergasan tersebut melibatkan beberapa komponen penilaian fizikal yang dijalankan secara teratur dan selamat mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kesemua peserta memberikan kerjasama yang baik serta menunjukkan komitmen tinggi sepanjang program berlangsung.

Barisan penguji bagi program ini telah diketuai oleh Encik Awangku Adi Azwan Bin Bolhassan, bersama pasukan penguji bertauliah dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab memastikan kelancaran serta ketepatan pelaksanaan ujian.

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembudayaan aktiviti kecergasan secara berterusan dalam kalangan warga KKDW, seterusnya melahirkan penjawat awam yang lebih sihat, cergas dan produktif.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search