- JBS Sarawak
- Hits: 5
CERAMAH PEMBANGUNAN BELIA CEMERLANG 2026 SMK SIMUNJAN NO.1
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN,14 JAN 2026 - Program Minggu Awal Gemilang yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan No.1 bagi pelajar-pelajar yang baru memasuki sesi pembelajaran tahun 2026, pihak sekolah telah menjemput Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Belia dan Hala Tuju Masa Depan”yang telah diadakan pada 14 Januari 2026. Program ini telah diselaraskan oleh Unit Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan No.1.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Abu Bin Amir, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan. Antara intipati ceramah yang disampaikan adalah berkaitan peluang – peluang kerjaya dan juga latihan – latihan kemahiran melalui institusi seperti Institut Kemahiran Belia Negara di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang boleh diikuti oleh pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Disamping itu juga, pelajar-pelajar didedahkan dengan program-program Kesukarelawanan dan bergiat aktif dalam pertubuhan belia atau persatuan sukan di peringkat akar umbi. Seramai 900 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam sesi ceramah tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
