- JBS Sarawak
- Hits: 11
PERTUBUHAN PEMUDA GEMA MALAYSIA NEGERI SARAWAK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan oleh : MNN, JBSN Sarawak
KUCHING, 26 Januari 2026 – Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia Negeri Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak sebagai usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik dalam pembangunan belia di negeri ini.
Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan kepimpinan dan hala tuju Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia Negeri Sarawak di samping membincangkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan program pembangunan belia, kesukarelawanan, kepimpinan serta pemerkasaan komuniti belia selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sarawak. Encik Amirul, Pengerusi Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia Negeri Sarawak telah disambut oleh Encik Abdul Zamrie Bin Randim, Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada peluang penglibatan belia dalam program anjuran jabatan, sokongan terhadap inisiatif belia serta perkongsian pandangan berkaitan cabaran dan keperluan semasa golongan belia di Sarawak.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak menyambut baik kunjungan tersebut dan menzahirkan komitmen untuk terus bekerjasama dengan pertubuhan belia berdaftar sebagai rakan strategik dalam memperkasa pembangunan belia secara inklusif dan berimpak tinggi. Kunjungan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia Negeri Sarawak dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak demi melahirkan belia Sarawak yang berdaya saing, berintegriti dan berwawasan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamBelia
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
