- JBS Sarawak
- Hits: 5
PENYERAHAN SIJIL PENDAFTARAN KELAB BELIA RUMAH SEBUANG (KBSR)
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 26 JANUARI 2026 – Pihak Kelab Belia Rumah Sebuang (KBSR) telah menyantuni Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri untuk menerima sijil perakuan pendaftaran, hari ini. Siijil perakuan pendaftaran tersebut telah disampaikan oleh Encik Roley Anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri kepada Encik Joy anak Uban, Pengerusi Kelab Belia Rumah Sebuang (KBSR).
Di kesempatan itu, penerangan tatacara pengisian MYKD kepada Encik Joy anak Uban telah disampaikan oleh Puan Magdline anak Eddie Saga. Kelab Belia Rumah Sebuang (KBSR) telah sah berdaftar pada 18 November 2025 di bawah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROY). PBSB Miri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas penubuhan Kelab Belia Rumah Sebuang (KBSR) dan semoga kepimpinan kelab terus merancang dan melaksanakan program serta aktiviti belia dengan jayanya dan memberi impak positif kepada komuniti setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
