- JBS Sarawak
- Hits: 6
PROGRAM INFAK PAKAIAN DAN BARANGAN TERPAKAI ANJURAN KSCKBR
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 26 JANUARI 2026 – “BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING” Semalam telah berlangsungnya Program amal infak pakaian dan barangan terpakai anjuran Kelab Senam Cergas Kampung Bunga Raya(KSCKBR) yang bertempat di Perkarangan Pusat Pembangunan Komuniti Melayu, Kampung Bunga Raya, Limbang. Program amal ini bertujuan meringankan beban segelintir masyarakat yang kurang bernasib baik dimasa kini.
Program ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen 221 Limbang. Beliau turut berkata program seperti ini haruslah diadakan selalu bagi membantu dan beliau menyeru agar kita lebih peka dengan masyarakat yang kurang bernasib baik mahupun yang kurang berkemampuan.
Encik Zaini Bin Abd Talib, Pegawai Unit Pembangunan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang hadir menjayakan program dan menyantuni tetamu di hari tersebut. Semoga dengan ikhtiar yang baik ini dikekalkan bagi mencapai kebaikan semua pihak di kemudian hari.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
