- JBS Sarawak
- Hits: 3
WARGA PBSB LIMBANG TURUT BERSAMA MENGAMBIL BAHAGIAN DIDALAM KARNIVAL SUKAN JBSN SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 3
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 26 JANUARI 2026 – “BERJUANG SEHINGGA TITISAN DARAH TERAKHIR” Slogan semangat yang dilontarkan oleh Encik Rynnille Elsther Peter, Pegawai Belia dan Sukan dan Encik Mohd Hafizul Helmi Bin Md Zain, Pegawai Unit Pembangunan Belia, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang apabila mereka turut mengambil acara di Karnival Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak kali ini. Objektif utama Karnival Sukan kali ini bagi mengalakan semua kakitangan JBSN Sarawak kekal aktif didalam budaya bersukan serta menjadikan sukan sebagai medium kesihatan disamping bersua muka diantara rakan-rakan dibahagian lain.
Johan keseluruhan bagi karnival sukan JBSN Sarawak pada tahun ini ialah dari Pasukan Pickhachu Kuning manakala Naib Johan daripada Pasukan Naga Merah, tempat Ketiga disandang oleh Pasukan Jerung Biru dan tempat keempat Pasukan Black Panther Hitam.
Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat dikekalkan gaya hidup sihat disamping menjaga kesihatan fizikal dan mental secara maksimum.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
