JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KENYALANG SKILLS CENTER SDN BHD

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KENYALANG SKILLS CENTER SDN BHD

Disediakan oleh : MNN, JBSN Sarawak

KUCHING, 21 Januari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak menerima kunjungan hormat daripada Kenyalang Skills Center Sdn Bhd yang diadakan di Bilik Mesyuarat Santubong Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Kunjungan hormat tersebut telah dihadiri  oleh Puan Arni Nazira binti Abdullah, Pengurus Pusat Kenyalang Skills Center bersama pegawai dan di sambut baik oleh Puan Hafizah Binti Dahlan, Penolong Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak. Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik serta membincangkan potensi kolaborasi dalam bidang pembangunan kemahiran dan peningkatan kebolehpasaran belia di Negeri Sarawak. Antara fokus perbincangan termasuk pelaksanaan program latihan berasaskan kemahiran, pembangunan modal insan belia serta inisiatif peningkatan kompetensi selaras dengan keperluan industri semasa. Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak menyambut baik kunjungan ini dan menzahirkan komitmen untuk terus menyokong inisiatif yang berupaya memperkasa golongan belia melalui latihan kemahiran, pendidikan teknikal dan pembangunan kerjaya.

Diharapkan kunjungan hormat ini dapat menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Kenyalang Skills Center dalam usaha melahirkan belia Sarawak yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#TeamBelia

#JBSNSarawak

#JBSNBersama

#MalaysiaMADANI

#IhsanMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search