- JBS Sarawak
- Hits: 26
Majlis Amanat Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 22 JANUARI 2026: Kelmarin, satu amanat Daripada Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs. Puan Azura Binti Abidin secara langsung bertempat di bilik mesyuarat aras 4, menara KBS, Putrajaya dan secara atas talian melalui platfom google meet bagi pegawai di negeri- negeri serta bahagian dan daerah yang lain.
Dalam majlis amanat tersebut, ketua pengarah turut menyampaikan dan mengingati kepada seluruh warga kerja untuk mengamalkan cara kerja secara kolaboratif, berpasukan dan bersepakatan kerana kebersamaan amat penting dalam sebuah organisasi.
Dalam kesempatan ini juga, beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja dalam JBSN mahupun kader di jabatan lain atas segala penat lelah dan khudrat dari segi masa untuk jabatan belia dan sukan negara. Akhir Kata, “marilah kita bersama-sama menjaga komitmen, disiplin, dan semangat kebersamaan demi tercapainya tujuan yang telah kita tetapkan”, ujar beliau dalam majlis tersebut.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbbintulu
