Karnival Sukan JBSN Sarawak tahun 2026: Semangat Kesukanan, Eratkan Perpaduan

Karnival Sukan JBSN Sarawak tahun 2026: Semangat Kesukanan, Eratkan Perpaduan

Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak

BINTULU, 22 JANUARI 2026: Karnival Sukan JBSN Sarawak Tahun 2026 telah dilaksanakan pada 16-18 Januari 2026 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak. Karnival sukan ini telah dianjurkan Oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (KEBS). Karnival sukan ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai di ibu pejabat dan bahagian. 

Antara sukan yang dipertandingkan dalam karnival ini ialah badminton beregu campuran dan beregu lelaki, beregu perempuan, bola jaring 3 on 3, silngshot, ping pong berpasukan serta persembahan daripada wakil setiap kumpulan. 

Tahniah diucapkan kepada rumah sukan yang telah berjaya merangkul juara dalam acara karnival sukan kali ini juga kepada semua rumah sukan yang telah mengambil bahagian dalam setiap pertandingan yang dipertandingkan.

#TeamJBSN

#TeamKBS

#JBSNBersama

#MalaysiaMADANI

#IhsanMADANI

#HarungiBersama

#teampbsbbintulu

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search