- JBS Sarawak
- Hits: 31
PBSB SARIKEI TURUT BERSAMA-SAMA MENGHADIRI MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PENYELARASAN SUKAN SARAWAK (SUKSAR) 2026 PERINGKAT ZON BARAT (SARIKEI, SRI AMAN & BETONG) BIL .1/2026
- JBS Sarawak
- Hits: 31
Disediakan oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 14 Januari 2026 : Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelarasan Sukan Sarawak (Suksar) 2026 Peringkat Zon Barat (Sarikei, Sri Aman & Betong) Bil .1/2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Sarikei, Tingkat 12, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak, Bahagian Sarikei yang dipengerusikan oleh Encik Badjuri bin Bidin, Timbalan Residen Bahagian Sarikei. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Encik Nyawin Ak Sirai mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Mesyuarat tersebut membincangkan cadangan bilangan penyertaan di Sukan Sarawak, penubuhan pasukan dan lain-lain. Sukan Sarawak (SUKSAR) IX 2026 dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 9 Februari 2026, bertempat di sekitar Bandar Sri Aman dan Betong, Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
