MESYUARAT LAPORAN TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PEMBANGUNAN EKONOMI BELIA (TAKWAPEB)

MESYUARAT LAPORAN TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PEMBANGUNAN EKONOMI BELIA (TAKWAPEB)


Disediakan Oleh: MCG, JBSN Sarawak

SIBU, 11 DISEMBER 2025 - Mesyuarat Laporan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (TAKWAPEB) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Bil. 01/2025 telah berlangsung secara atas talian pada 11 Disember 2025. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Lamat Anak Nyalau. Pelaksanaan mesyuarat ini bertujuan membentangkan laporan semasa tabung TAKWAPEB, termasuk analisis kedudukan kewangan dan prestasi kutipan semula pinjaman. Selain itu, wakil-wakil dari bahagian terlibat turut menyampaikan laporan masing-masing berkaitan status peminjam. Mesyuarat turut memberi ruang untuk membincangkan beberapa isu dan masalah yang dihadapi oleh peminjam, termasuk cabaran pembayaran balik. Perbincangan ini penting bagi menambah baik mekanisme pengurusan pinjaman serta memperkukuh keberkesanan tabung dalam membantu pembangunan ekonomi belia di seluruh negeri.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search