- JBS Sarawak
- Hits: 21
PENYERAHAN SIJIL KEPADA KELAB PEMUDA PROAKTIF DUDONG
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan Oleh: TT, JBSN Sarawak
SIBU, 11 DISEMBER 2025 - Penyerahan sijil pendaftaran Kelab Pemuda Proaktif Dudong telah disampaikan oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu kepada Ustaz Mohd Al-Walid Bin Junaidi, Setiausaha Kelab Pemuda Proaktif Dudong yang telah diluluskan pendaftaran pada 21 November 2025 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Pihak pejabat berharap agar kelab ini akan sentiasa bergerak aktif dalam melaksanakan program-program pada masa akan datang dan menjadi pemangkin untuk belia-belia lain untuk mendaftar dan bergerak aktif. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak yang sentiasa membantu dan melancarkan penubuhan Kelab Belia khususnya di Sibu.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#PBSBSibu
