- JBS Sarawak
- Hits: 42
PBSB SARIKEI TURUT HADIR BERSAMA BAGI MESYUARAT GERAKAN PENGGUNA BAHAGIAN SARIKEI BIL.2/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 42
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 15 Disember 2025 : Satu Mesyuarat Gerakan Pengguna Bahagian Sarikei
Bil. 2/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 3 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak yang dipengerusikan oleh YBrs. Datu Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Sarikei. Turut hadir, Puan Jamaika Binti Marciano mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Mesyuarat tersebut membentangkan program/aktiviti yang dijalankan oleh KPDN Sarikei sepanjang tempoh tahun 2025 ini. Antaranya, Program Kesedaran Pengguna, Pameran Kepenggunaan, Program Jualan Rahmah, Sumbangan Food Bank, dan lain-lain. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei turut bersama-sama menjayakan Program Kepenggunaan Bagi Program Town Hall Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) bertempat di Rumah Kanyan Nyalak Ladong, Pakan. Semoga di masa akan datang kerjasama strategik ini dapat dikekalkan untuk kepentingan kepada masyarakat setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
