- JBS Sarawak
- Hits: 57
DUA ORANG SUKARELAWAN SATRIA BAHAGIAN SRI AMAN DI PILIH SEBAGAI SUKARELAWAN AKTIF SEMPENA PROGRAM SAMBUTAN HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 57
Disediakan oleh : HB.R, JBSN SARAWAK
Sri Aman, 6 Disember 2025- Program Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di atas Sarawak River Cruise pada 6 Disember 2025. Acara yang menghimpunkan lebih 70 sukarelawan dari seluruh negeri ini dirasmikan oleh Puan Hafizah Binti Dahlan Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Memangku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak,turut hadir bersama Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Puan Fatimah Binti Abdul Rahman dan pegawai-pegawai Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta rakan strategik yang sentiasa menyokong usaha pembangunan belia di Sarawak.
Majlis ini menampilkan pelbagai pengisian menarik, antaranya Majlis Apresiasi Sukarelawan SATRIA paling aktif yang memberi pengiktirafan kepada individu yang telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan. Selain itu, sesi Perkongsian Figura Inspirasi Sukarelawan turut menjadi tumpuan apabila figura berpengalaman berkongsi kisah perjuangan dan cabaran dalam dunia kesukarelawanan.
Encik Rosdi bin Hamid dan Cik Martha Anak Johnny, Sukarelawan SATRIA Bahagian Sri Aman yang di raikan sebagai Sukarelawan Aktif. keseluruhannya, program ini berjaya menyemarakkan lagi budaya kesukarelawanan belia serta memperkukuh ekosistem pembangunan belia di negeri Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
