- JBS Sarawak
- Hits: 47
Penyerahan Sijil Pendaftaran Kelab Belia Usaha Kreatif Permyjaya
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 11 DISEMBER 2025 - Kelab Belia Usaha Kreatif Permyjaya telah menyantuni Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri untuk menerima sijil perakuan pendaftaran, semalam. Sijil perakuan pendaftaran tersebut telah disampaikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri kepada Cik Nur Ramadani binti Bahari, Pengerusi Kelab Belia Usaha Kreatif Permyjaya.
Di kesempatan itu, penerangan tatacara pengisian MYKD kepada Kelab Belia Usaha Kreatif Permyjaya telah disampaikan oleh Puan Stephanie Wendy anak Stamford, Pegawai Unit Pembangunan Belia. Kelab Belia Usaha Kreatif Permyjaya telah sah berdaftar pada 9 Disember 2025 di bawah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROY). PBSB Miri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas penubuhan Kelab Belia Usaha Kreatif Permyjaya dan semoga kepimpinan kelab terus merancang dan melaksanakan program serta aktiviti belia dengan jayanya dan memberi impak positif kepada komuniti setempat.
