- JBS Sarawak
- Hits: 59
PBSB Kapit Terpilih Sebagai Perintis Pengauditan Kendiri (SAA) Sistem iAREF
- JBS Sarawak
- Hits: 59
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 10 Disember 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit telah terpilih sebagai auditi perintis bagi pelaksanaan Projek Rintis Pengauditan Pengurusan Kewangan menerusi modul Self-Assessment Audit (SAA) dalam sistem iAREF.
Susulan pemilihan tersebut, Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diketuai oleh Ketua UAD, Encik Jimmy bin Tiven @ William Stephen telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke pejabat ini pada 8 Disember lalu.
Kehadiran pihak UAD KBS bertujuan melaksanakan pengauditan susulan terhadap pengurusan kewangan menggunakan modul baharu ini. Sesi ini turut merangkumi penyusulan terhadap penemuan audit terdahulu serta proses semakan dan pengesahan ketepatan maklumat yang telah dikunci masuk ke dalam sistem SAA bermula November 2025.
Pelaksanaan kaedah pengauditan sebegini amat penting dalam membantu memperkukuh kawalan dalaman pejabat. Ia juga bagi memastikan setiap prosedur kewangan dipatuhi selaras dengan peraturan dan garis panduan ditetapkan, sekaligus mempertingkatkan tahap akauntabiliti dan integriti jabatan dalam mentadbir urus kewangan dengan lebih telus dan efisien.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#pbsbkapit
