- JBS Sarawak
- Hits: 65
TAKLIMAT PENUTUPAN AKHIR TAHUN (PAT) BAGI TAHUN KEWANGAN 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN
- JBS Sarawak
- Hits: 65
Disediakan oleh: NBM, JBSN Sarawak
Betong, 9 Disember 2025 - Pada 27 November 2025 telah diadakan Taklimat Penutupan Akhir Tahun (PAT) bagi tahun kewangan 2025 Peringkat Bahagian Sri Aman anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Sri Aman bersama Pusat Tanggunjawab (PTJ) dibawah seliaan mereka. Taklimat telah diadakan bertempat di Dewan Suarah, Sri Aman.
Tujuan taklimat ini adalah sesi penerangan mengenai prosedur, garis panduan dan tarikh akhir untuk penutupan akaun pada akhir tahun kewangan. Ia bertujuan untuk memastikan semua jabatan atau Pusat Tanggungjawab (PTJ) dapat melakukan proses penutupan akaun dengan lancar, tepat dan mengikut prosedur serta mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan. Puan Norfatihah Binti Moh, Pembantu Tadbir (P/O) turut hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong
