- JBS Sarawak
- Hits: 43
Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kejohanan dan Jemputan Taekwondo, RHITAC 2025 Peringkat Daerah Miri!
- JBS Sarawak
- Hits: 43
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 8 DISEMBER 2025 – Kejohanan dan Jemputan Taekwondo, RHITAC 2025 Peringkat Daerah Miri menghimpunkan pelajar-pelajar dari 22 buah sekolah rendah di Daerah Subis, 8 sekolah menengah serta 5 tadika, mempertandingkan kategori Team Pattern, Individu Pattern dan Individu Sparring pada 6 Disember 2025 bertempat di Dewan Intrim ADTEC JTM Kampus Miri.
Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P218 Sibuti, Dato’ Lukanisman Awang Sauni. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) merangkap Presiden Malaysia Global Taekwon-Do Federation (MGTF) Grandmaster Dato’ Amir Md Noor, Timbalan Datuk Bandar Bandaraya Miri, Haji Ariffin Mohamad, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri Encik Roley Lagir, Presiden Sabah State Taekwon-Do Association (SSTA) Senior Master Christopher Wee serta Presiden Kelab Taekwondo Tunas merangkap Penasihat Kelab RHITAC Sabum Encik Zaidi Morshidi.
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta dan juga kepada Kelab RHITAC diatas penganjuran kejohanan ini. Semoga penganjuran kejohanan sebegini akan diteruskan untuk mencungkil bakat baru dari akar umbi dan melahirkan lebih ramai atlet taekwondo dari Miri dan Sarawak, sekali gus mengharumkan nama negara di persada sukan.
(Sumber gambar : UKAS SArawak)
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
