- JBS Sarawak
- Hits: 55
Majlis Apresiasi Pengurusan Bencana Bahagian Miri 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 8 DISEMBER 2025 – PBSB Miri antara agensi kerajaan yang telah menerima sijil penghargaan semasa Majlis Apresiasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri 2025 diadakan pada 5 Disember di Hotel Grand Palace Miri. Majlis apresiasi tersebut diadakan bagi memperkukuh keselamatan dan tahap kesiapsiagaan bandar raya Miri melalui pengiktirafan terhadap agensi-agensi yang memainkan peranan penting dalam pengurusan bencana sepanjang tahun.
Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, YB Dato Sri Lee Kim Shin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada penyumbang, jabatan, agensi serta pegawai yang berpindah tugas. Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, serta Residen Miri, Tuan Galong Luang.
Pada tahun ini, Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri bersama NGO Belia dan Sukan di Miri telah turun padang bagi membantu pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri. Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Rakan Muda juga turut serta dalam melaksanakan aktiviti pasca bencana di beberapa lokasi yang terkesan dengan kejadian tanah runtuh dan banjir besar di daerah Miri dan Subis tahun ini. PBSB Miri mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah bersama PBSB Miri dalam melaksanakan khidmat komuniti sepanjang tahun ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
