- JBS Sarawak
- Hits: 53
Dua Lagi Badan Sukan Karate Goshin-Ryu Berdaftar Di Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 53
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 5 DISEMBER 2025 - Kelab Karate Goshin-Ryu Merbau Dan Kelab Karate Goshin-Ryu Optima telah menerima sijil perakuan pendaftaran, hari ini. Sijil perakuan pendaftaran tersebut telah disampaikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri kepada Encik Abang Marzuki bin Abang Narudin dari Kelab Karate Goshin-Ryu Merbau dan Encik Arman bin Mulok dari Kelab Karate Goshin-Ryu Optima.
Selain Kelab Karate Goshin-Ryu Miri, kedua-dua badan sukan ini telah sah berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 14 November 2025. PBSB Miri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas penubuhan Kelab Karate Goshin-Ryu Merbau dan Kelab Karate Goshin-Ryu Optima dan semoga dengan penubuhan badan sukan ini akan menggalak dan membangunkan sukan karate di Bahagian Miri.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
