- JBS Sarawak
- Hits: 91
Warga Kerja JBS Sarawak Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Apui Jan
- JBS Sarawak
- Hits: 91
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 5 DISEMBER 2025 – Warga kerja Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak yang diwakili oleh pegawai dan kakitangan PBSB Miri turut hadir bersama Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs. Puan Azura binti Abidin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Lamat Anak Nyalau, dan Pengarah IKBN Miri, Encik Mohamad Mazlan bin Anis bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah di Sim Nyuk Onn Funeral Miri, semalam.
Mendiang yang berusia 54 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Miri, Sarawak pada jam 6.03 petang, Selasa lalu. Jenazah mendiang telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan BEM Daerah Miri. Pemergian beliau akan dirindui oleh ahli keluarga, sahabat handai serta rakan setugas mendiang. Seluruh warga kerja Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak merakamkan rasa takziah dan semoga seluruh keluarga mendiang diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
