Mesyuarat Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Wisma Persekutuan Blok 3 Berjalan Lancar

Mesyuarat Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Wisma Persekutuan Blok 3 Berjalan Lancar

Disediakan oleh: Afif, PBSB Sibu

SIBU, 4 Disember 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Guna Sama Persekutuan (JPPBGP) Wisma Persekutuan Sibu Blok 3 Bil. 4/2025 telah berlangsung dengan jayanya pada petang Khamis.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Kelyn Bin Bolhassan itu diadakan pada 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Tingkat 9, Wisma Persekutuan Blok 3, Sibu.
Perbincangan melibatkan penyelarasan dan penambahbaikan berkaitan penyelenggaraan bangunan guna sama Persekutuan, termasuk isu teknikal, kemudahan awam serta keperluan operasi semasa.Kehadiran wakil jabatan-jabatan Persekutuan di Wisma Persekutuan Blok 3 turut membantu mengenal pasti keperluan penting bagi memastikan bangunan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.Pengerusi turut merakamkan penghargaan kepada Ketua-Ketua Jabatan atas kerjasama memberi pelepasan kepada kakitangan menghadiri mesyuarat tersebut.Mesyuarat ditutup dengan komitmen semua pihak untuk terus meningkatkan pengurusan bangunan demi kelancaran perkhidmatan kerajaan.

#PBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
 
 
 
 
 
 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search