- JBS Sarawak
- Hits: 47
PBSB SARIKEI MENYANTUNI JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK: KASIH KANAK-KANAK TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 4 Disember 2025 : PBSB Sarikei telah menyantuni Jemputan Menghadiri Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih : Kanak-Kanak Tahun 2025. Puan Jamaika Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Pasukan Pelindung Kanak Kanak Bahagian Sarikei sekaligus mewakili pejabat untuk bersama-sama menyokong pelaksanaan program tersebut bertempat di Dewan Masjid Al-Muttaqin Sarikei.
Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak ialah satu usaha berterusan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melindungi kanak-kanak dengan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk mereka. Program ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti ceramah, bengkel, dan aktiviti advokasi lain di peringkat sekolah dan komuniti untuk meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak dan cara melindungi mereka daripada penderaan, pengabaian, dan keganasan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#malaysiamadani
#pbs6d
