- JBS Sarawak
- Hits: 56
MESYUARAT BULANAN TAHUN 2025, BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 56
Disediakan oleh:RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 3 Disember 2025- Mesyuarat Bulanan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah berlangsung dengan teratur di bawah pimpinan Pengerusi, Puan Fatimah binti Abdul Rahman. Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada penyampaian laporan pelaksanaan program semasa serta perancangan inisiatif sukan bagi tahun hadapan.
Dalam sesi laporan, para pegawai mengemukakan perkembangan terkini pelaksanaan pelbagai program sukan yang sedang berjalan di seluruh negeri. Penekanan diberikan kepada keberkesanan penganjuran dan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu pengurusan sukan.
Mesyuarat turut membincangkan perancangan program tahun depan, termasuk penganjuran kejohanan, dan pengukuhan sukan komuniti di peringkat bahagian dan negeri. Puan Fatimah menekankan keperluan penyelarasan lebih strategik bagi memastikan impak yang lebih menyeluruh.
Di bawah agenda hal-hal lain berkaitan pengurusan, beberapa isu operasi, pentadbiran dan keperluan logistik turut dibentangkan bagi menjamin kelancaran pelaksanaan program sepanjang tahun.
Mesyuarat ditangguhkan dengan komitmen bersama untuk terus memperkukuh ekosistem sukan negeri Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
